February 25, 2013

PERKARA YANG DIBINCANGKAN SEMASA MAJLIS MEMINANG

Posted in Uncategorized at 6:31 am by Travel is fuun

Sekadar Berkongsi Pengalaman

Majlis pertunangan bukanlah sekadar mengikat pertalian antara seorang perempuan dan lelaki yang akan dinikahkan. Namun dalam majlis itu juga, kedua-dua belah pihak boleh mengambil peluang untuk berbincang” tentang masa depan pertalian tersebut. Namun mesyuarat dalam majlis pertunangan, bukanlah seperti mesyuarat di pejabat. Ia selalunya diiringi dengan pantun, lawak jenaka dan makan-makan sireh (biasanya lah ). Senang kata, mesyuarat ini lebih santai dan tidak terlalu formal.

Biasanya, majlis akan dimulakan dengan pihak lelaki & perempuan akan memperkenalkan diri masing-masing dan ahli keluarga yg datang. Kemudian disusuli pula dengan penyataan daripada pihak lelaki mengenai tujuan kedatangan mereka. Haa..kat sini lah biasanya sesi pantun-memantun memantun hangat diadakan. (Zaman sekarang jarang dah yang berpantun ni…)Kemudian, barulah masuk part yg serius sikit iaitu mesyuarat/perbincangan mengenai perkara berbangkit. Sebenarnya, apa yang perlu dibincangkan dalam semasa rombongan meminang ni?

3 perkara penting yang mesti dikemukakan dalam majlis ini ialah:     

1. Tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan

Biasanya tarikh yang ditetapkan adalah tarikh jangkaan. Sesetengah orang juga menetapkan satu jangkamasa seperti (dalam tempoh 6 bulan selepas pertunangan sb.)

 2. Jumlah hantaran yang dipersetujui

Sesetengah keluarga / adat negeri menghendaki wang hantaran dibayar separuh semasa pertunangan. Manakala separuh lagi dibayar sewaktu pernikahan. Ada orang yang turut menyatakan cara pembayaran dilakukan. Cara yang selamat ialah duit hantaran tersebut di bank-in terus ke akaun atau bawa cek sahaja. Jangan sesekali meletakkan cash atas dulang hantaran. Sangat merbahaya. Banyak kes kecurian telah berlaku semasa majlis-majlis seperti ini.
Bagi masyarakat Kelantan biasanya wang hantaran ini disebut sebagai ‘Belanja’ yang bermaksud jumlah maskahwin yang akan dibawa sewaktu akad nikah. Sebab itulah maskahwin Kelantan mahal mahal tapi tiada hantaran. Tapi sekaran wang hantaran dah mula mempengaruhi orang Kelantan.

3.Tempoh pertunangan

Berapa lama tempoh tali pertunangan ini, 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun ? Kalau pihak lelaki dah cukup modal, bertunang 6 bulan lebih baik.

 4. Gantirugi yang perlu dibayar sekiranya pasangan memutuskan pertunangan.

Pada mulanya saya fikir, perkara yang ke-4 ini tidak seharusnya disebutkan. Ya lah, benda-benda yang buruk ni..kita tak boleh cakap selalu. Lagi banyak kita bercakap, lebih tinggi potensi nya untuk berlaku. Namun selepas melihat senario yang sering berlaku sekarang, nampaknya hal yg ke-4 itu sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam majlis ini (samalah halnya seperti menyatakan lafaz takliq dalam majlis pernikahan).

5. Perlu di ingatkan kepada keluarga dan pasangan bahawa bertunang bukanlah lesen untuk mereka.

Batasan agama hendaklah di beri keutamaan.

Kita tidak perlu bincangkannya secara panjang lebar, cukuplah pihak lelaki mengemukakan cadangannya. Dan pihak perempuan pula menyatakan persetujuannya. Jika pihak perempuan ingin menambah cadangan, sebutkannya supaya semua saksi yang hadir dapat mendengar perkara itu dengan jelas.

Seelok-eloknya elakkan pertikaman lidah semasa majlis pertunangan. Tujuan kita adalah untuk menghubungkan tali silaturrahim, bukan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Sebab itu, perlunya ada sikap bertolak ansur dan rasa kasih sayang sesama sendiri. Perbincangan yang boleh diringkaskan, kita ringkaskan. Satu pihak menyatakan, dan satu pihak mempersetujuinya. Itu sahaja.

Perbincangan awal sebelum majlis peminangan dan merisik perlu dibuat di kedua dua belah pihak. Bila berjumpa di dalam majlis, kita cuma membincangkan perbedzaan pendapat antara kedua belah pihak lelaki dan perempuan, bukannya membincangkan percanggahan sesama keluarga.

Masa sekarang, kebanyakan ikatan ini adalah atas pilihan mempelai sendiri. Dimana 90% adalah telah dibincangkan. Majlis peminangan hanyalah untuk formaliti dan majlis untuk berkenalan 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: